Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN 31 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Pahang di Padang MBK 1, hari ini. Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Ketibaan Paduka Baginda pada pukul 10.30 pagi disambut Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail…

Read More

KUANTAN 25 Ogos 2024 – Istiadat Persandingan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dengan pasangannya FD Idzham FD Iskandar berlangsung dengan penuh tradisi di Istana Abdulaziz malam ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bersama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj. Turut berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta paduka-paduka adinda serta kerabat…

Read More

KUANTAN, 23 Ogos 2024 – Pasangan pengantin baharu, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Fd Idzham Fd Iskandar meneruskan Istiadat Perkahwinan Diraja dengan Istiadat Berinai yang diadakan di Balai Temenggung, Istana Abdulaziz malam ini. Istiadat Berinai dimulakan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan menyapu inai ke tapak tangan Fd Idzham diikuti Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Istiadat Berinai pengantin lelaki diteruskan…

Read More

KUANTAN 22 Ogos 2024 – Puteri Sultan Pahang, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selamat diijabkabul dengan pasangan, FD Idzham FD Iskandar tepat pukul 9 malam tadi. Pasangan pengantin kelihatan begitu menawan dengan persalinan berona putih dalam Istiadat Perkahwinan Diraja yang bermula pada pukul 8.30 malam di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini. Istiadat Akad Nikah ini amat bermakna dengan keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah…

Read More

KUANTAN, 21 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke Majlis Perasmian Masjid Al-Falah di Perkampungan Sungai Isap 2 serta majlis doa selamat sempena Istiadat Perkahwinan Diraja anakanda Paduka Baginda, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham FD Iskandar. Turut berangkat Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka…

Read More

KUANTAN, 20 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar sebuah balai bomba dan penyelamat dapat diwujudkan di kawasan Tanjung Lumpur. Paduka Baginda bertitah, setakat ini tiada balai bomba dan penyelamat di kawasan tersebut dan sebarang kes kebakaran atau kecemasan yang berlaku hanya bergantung kepada bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Taman Tas. “Penting untuk wujudkan sebuah balai bomba bagi kegunaan dan keselamatan penghuni-penghuni di Tanjung Lumpur dan sekitarnya. “Saya pun tidak nampak mana balai bomba di kawasan Tanjung Lumpur dan Inderapura ini.…

Read More

KUANTAN, 18 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah di atas acara pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang begitu cemerlang, semalam. Ucapan sama turut dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta seluruh rakyat negeri Pahang. Tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri…

Read More

PEKAN 11 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Sambutan Hari Orang Asli Sedunia peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang, hari ini. Ketibaan Paduka Baginda pada pukul 10.30 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hajah Sapiah Mohd Nor serta pemimpin-pemimpin setempat sebelum dipersembahkan tarian sewang oleh masyarakat asli Pekan. Menggelarkan Orang Asli sebagai Orang Kita, Paduka Baginda bertitah bahawa kehidupan ketika kecil Paduka Baginda sudah terbiasa dan terdedah dengan rutin masyarakat Orang Asli. “Saya masih ingat…

Read More

KUANTAN 9 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Program Perkhemahan Pandu Puteri Tunas “Tunas Fun Camp” di Taman Rekreasi Balok di sini hari ini.  Paduka Baginda turut berkenan melawat ke tapak perkhemahan dan menyaksikan pertandingan bento sihat, jemari kreatif, slingshot rocket dan ballon tower.  Turut berangkat, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KESULTANAN PAHANG

Read More

CAMERON HIGHLANDS 7 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar semua pihak memainkan peranan sewajarnya dalam memastikan spesis Harimau Malaya terus terjaga dan dipelihara. Paduka Baginda bertitah, Pahang memiliki kawasan hutan terbesar di Semenanjung Malaysia termasuk sebagai habitat Harimau Malaya sekaligus menjadi tanggungjawab penting bagi negeri ini melindungi dan memelihara biodiversitinya. “Kesungguhan dan inisiatif jelas yang diambil anakanda saya, Tengku Mahkota Pahang dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang maka terhasillah rizab harimau pertama di Malaysia yang dinamakan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah. Saya hargai rizab…

Read More