Author: Kesultanan Pahang

LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli mendengar persembahan Taklimat Pembangunan Daerah Lipis di Pejabat Daerah dan Tanah Lipis di sini, hari ini. Paduka Baginda berkenan mendengar persembahan taklimat daripada Pegawai Daerah Lipis, Dato’ Mohd Hafizi Ibrahim berkenaan perkembangan dan pembangunan semasa daerah yang dihuni seramai 103,300 orang penduduk itu. Pada sesi tersebut Paduka Baginda turut menzahirkan rasa penghargaan di atas usaha semua pihak yang terlibat dalam merancang pembangunan daerah dan berharap segala perancangan dipercepatkan bagi memastikan Pahang terus berdaya…

Read More

JERANTUT, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menasihatkan wanita di negeri ini agar tidak terburu-buru dalam membuat keputusan untuk berkahwin, khususnya melibatkan pasangan warganegara asing. Paduka Baginda bertitah, sejak kebelakangan ini Paduka Baginda mengambil maklum mengenai kecenderungan berlakunya perkahwinan antara wanita tempatan dengan warganegara asing. “Pada asasnya perkara ini bukanlah suatu kesalahan selagi ia dilaksanakan menurut lunas syarak serta mematuhi undang-undang. Islam tidak menutup pintu perkahwinan merentasi bangsa dan sempadan, selagi ia dibina atas asas iman, kejujuran dan tanggungjawab. “Namun demikian, saya ingin…

Read More

KUALA LIPIS, 12 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Sultan Mahmud di sini hari ini. Solat Subuh dipimpin oleh Imam 1, Ahamad Alhapis Burhanudin – KESULTANAN PAHANG

Read More

JERANTUT, 11 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menitahkan umat Islam supaya sentiasa memelihara batas halal dan haram dalam setiap urusan kehidupan demi memastikan keberkatan serta kesejahteraan masyarakat. Paduka Baginda bertitah, sebagai umat Islam yang menjunjung tinggi kesucian ajaran agama, menjadi kewajipan kepada setiap individu untuk sentiasa memastikan segala urusan kehidupan dipandu oleh perkara yang halal serta menjauhi perkara yang meragukan atau syubhah. Menurut Paduka Baginda, perkara yang halal bukan sahaja membawa keberkatan, malah memberikan ketenangan jiwa, manakala menjauhi perkara syubhah menjadi benteng yang menjaga…

Read More

JERANTUT, 11 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat memasyhurkan Masjid Kampung Simpang Tebing Tinggi sebagai Masjid Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,Kampung Simpang Tebing Tinggi. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 6.20 petang diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Keberangkatan Paduka Baginda disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’…

Read More

KUALA LUMPUR, 11 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyeru umat Islam agar kembali menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan, khususnya ketika dunia sedang berdepan konflik dan ketidaktentuan yang menjejaskan kesejahteraan Ummah. Paduka Baginda bertitah, keadaan dunia yang sedang dilanda konflik dan peperangan turut memberi kesan mendalam kepada umat Islam di seluruh dunia, khususnya di rantau Timur Tengah. “Pada saat seperti ini, respons yang paling wajar bagi kita sebagai orang beriman ialah kembali kepada ajaran al-Quran dan petunjuk Nabi Muhammad. Al-Qur’an mengandungi banyak kisah…

Read More

KUALA LUMPUR, 09 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan di Shahzan House, di sini hari ini. Paduka Baginda dipersembahkan taklimat perkembangan terkini hal ehwal agama Islam, perancangan dan tindakan kementerian secara umum khususnya di Negeri Pahang. Hadir sama, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 9 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan takziah di atas pemergianYbhg. Prof Diraja Terpuji Tan Sri Dr Syed Muhammad Naquib Al-Attas yang meninggal dunia petang semalam. Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Paduka Baginda berdua juga berharap agar segala urusan keluarga Allahyarham dipermudahkan serta tabah di atas kehilangan insan yang tersayang. Profesor Diraja berusia…

Read More

BENTONG 8 Mac 2026 – Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Program Memasak Bubur Lambuk Untuk Penghuni Penjara Bentong di sini hari ini. Kehadiran YAM Tengku Panglima Perang sebagai wakil rasmi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj yang merupakan pelopor program tersebut di penjara sejak empat tahun lalu. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku yang menyediakan bahan-bahan memasak tersebut tidak berangkat hari ini kerana gering dan memerlukan rehat yang secukupnya. Pada program hari ini sebanyak 3,500…

Read More

PEKAN, 8 Mac 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menyeru umat Islam supaya menjadikan al-Quran sebagai panduan utama dalam kehidupan serta menjauhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa bagi memastikan pentadbiran yang bersih dan berintegriti. Paduka Baginda bertitah, kerajaan negeri sentiasa komited memperkukuh kedudukan al-Quran sebagai asas pembinaan masyarakat yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia. “Di negeri Pahang, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memperkukuh kedudukan al-Quran sebagai asas pembinaan masyarakat yang beriman, berilmu dan berakhlak mulia. “Antara usaha yang giat dilaksanakan ialah dengan menggalakkan penubuhan serta pembangunan pusat-pusat…

Read More