Author: Kesultanan Pahang

PULAU TIOMAN 20 FEBRUARI 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan Solat Subuh di Masjid Jamek Kampung Tekek, Pulau Tioman. Solat subuh diimamkan oleh Timbalan Qadhi Rompin (Pulau Tioman), Ahmad Tajuddin Bin Aziz. -KESULTANAN PAHANG

Read More

PULAU TIOMAN, 19 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri serta semua pihak yang terlibat dalam menjayakan lawatan rasmi Paduka Baginda ke Pulau Tioman dan Rompin, sambil menegaskan komitmen berterusan untuk memperkasa pembangunan serta kebajikan rakyat di negeri ini. Dalam titah, Paduka Baginda merakamkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Negeri Pahang atas sokongan berterusan dalam menyampaikan perkhidmatan kepada masyarakat setempat, khususnya di Pulau Tioman. Paduka Baginda turut menghargai usaha wakil rakyat dan pegawai-pegawai yang terlibat dalam menjayakan program lawatan tersebut. “Sepanjang…

Read More

KUANTAN 19 Februari 2026- Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi waris kepada lima sekeluarga yang maut dalam kejadian menyayat hati di Taman Cherating Damai di sini kelmarin. Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku berkenan menyantuni dan mengurniakan sumbangan kepada waris keluarga berkenaan. Turut hadir mengiring ialah Pegawai Daerah Kuantan, YH Dato’ Sharudin Jali dan Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah.- KESULTANAN PAHANG

Read More

PULAU TIOMAN, 19 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan hasrat untuk melihat sektor pertanian di Pulau Tioman diperkasa secara menyeluruh sebagai usaha memperkukuh ekonomi dan jaminan bekalan makanan masyarakat tempatan. Paduka Baginda bertitah bahawa satu projek pembangunan pertanian yang dirancang di pulau peranginan itu amat penting dan diharapkan menjadi “success story” serta penanda aras (benchmark) kepada kawasan lain di negeri ini. Menurut baginda, kebergantungan sepenuhnya kepada bekalan makanan dari tanah besar bukanlah satu pendekatan yang wajar, sebaliknya Pulau Tioman perlu berusaha membangunkan kapasiti pengeluaran…

Read More

PULAU TIOMAN 19 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh di Masjid Jamek Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini hari ini. Solat subuh diimamkan oleh Penyelaras masjid mukim Tioman, Ahmad Tajuddin Bin Aziz. -KESULTANAN PAHANG

Read More

PULAU TIOMAN 18 FEBRUARI 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat tarawih di Masjid Jamek Kampung Tekek, Pulau Tioman di sini malam tadi. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan kepada pengerusi masjid dan jemaah yang hadir. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 18 Februari 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang dan di seluruh negara. Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar bulan Ramadan yang mulia ini dapat disambut dan dijalani dengan penuh keimanan, ketakwaan dan kesyukuran serta dimanfaatkan sebaiknya untuk memperbanyakkan amal ibadah dan serta mengeratkan silaturahim. Semoga Ramadan kali ini membawa…

Read More

PULAU TIOMAN, 18 Februari 2026 – Cuaca hujan tidak menjadi halangan untuk Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berangkat bercemar duli bersiar-siar meronda sekitar Kampung Air Batang, hari ini. Paduka Baginda berkenan singgah minum petang di kampung berkenaan serta menyantuni penduduk setempat yang begitu teruja dapat bertemu Paduka Baginda secara berdepan. Momen ini seolah mengulangi lawatan Paduka Baginda ke sini pada tahun lalu sekaligus memperlihatkan rasa kasih tuanku kepada rakyat di sini serta keistimewaan pulau yang begitu indah dan sering menjadi pilihan pelancong ini. KESULTANAN PAHANG

Read More

PULAU TIOMAN, 18 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Pelancaran Bot Wakaf Pahang di Kompleks Marina Pulau Tioman, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 3 petang diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Paduka Baginda berkenan menandatangani plak pelancaran serta mengurniakan Sijil Pelantikan Mutawalli Khas Wakaf Pahang kepada Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA), Encik Jumshoiry Novdany bin Mohd Sulaiman. Paduka Baginda kemudiannya berkenan ke Jeti Marina…

Read More

PULAU TIOMAN, 18 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah menegaskan bahawa agenda kebersihan mesti dihayati oleh setiap penduduk kerana Pulau Tioman merupakan permata bagi negeri Pahang. Sehubungan itu, Paduka Baginda berharap setiap program pembersihan, pemulihan dan pembaikan kawasan kampung hendaklah melibatkan penduduk setempat sendiri, khususnya golongan muda agar amalan tersebut dapat diteruskan secara berterusan. “Ini perlu diterapkan, dididik dan diamalkan oleh setiap penduduk di sini, khususnya anak-anak muda,” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda turut mengingatkan agar sikap dan pemikiran masyarakat perlu berubah dengan tidak bergantung kepada arahan semata-mata. “Mindset itu…

Read More