Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 25 Mac 2026 โ€“ Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Polis Ke-219 kepada semua warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sempena sambutan Hari Polis pada hari ini, Paduka Baginda berdua menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia atas segala jasa, pengorbanan serta komitmen yang tidak berbelah bahagi dalam memastikan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara sentiasa terpelihara. Paduka Baginda…

Read More

๐—•๐—˜๐—ฅ๐—›๐—”๐—ง๐—œ-๐—›๐—”๐—ง๐—œ ๐——๐—œ ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—œ๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ง๐—œ๐—ž๐—” ๐—œ๐—ก๐—œ- ๐—ž๐——๐—ฃ๐—• ๐—ฆ๐—จ๐—Ÿ๐—ง๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—š KUANTAN, 23 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini menzahirkan kebimbangan dan prihatin terhadap rakyat berkenaan cuaca panas dan kering yang melanda negeri ketika ini. Paduka Baginda bertitah, keadaan cuaca kini menuntut perhatian yang lebih serius berikutan peningkatan suhu serta risiko kebakaran yang boleh berlaku dalam keadaan persekitaran yang kering. Paduka Baginda turut menasihatkan rakyat agar sentiasa memastikan pengambilan air yang mencukupi, mengurangkan aktiviti luar pada waktu tengah hari serta mengambil langkah berjaga-jaga…

Read More

TEMERLOH, 22 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Menteri Besar Pahang yang berlangsung meriah di Dewan Sri Lanchang, di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda berdua diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut YAB Menteri Besar Pahang, Datoโ€™ Sri Diraja Wan Rosdy Wan…

Read More

Rakyat jelata tidak melepaskan peluang menghadiri majlis istana terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, hari ini. Perkarangan Istana Abdulaziz mula dipenuhi rakyat berbilang kaum yang hadir seawal pukul 10 pagi untuk bertemu Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang yang berkenan menyantuni tetamu yang datang. Antara menu istimiewa yang tersedia untuk tetamu ialah nasi tomato, opor daging, ayam masak merah, dendeng, nasi dagang, laksa Pahang, kuetiau goreng, mee goreng, sate dan manisan seperti kek serta biskut. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 21 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menunaikan solat sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, di sini hari ini. Ketibaan Paduka Baginda berdua pada jam 8.30 pagi di masjid berkenaan diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiring ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar…

Read More

KUANTAN, 20 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Bersempena sambutan Syawal pada tahun ini, Paduka Baginda mengingatkan umat Islam agar tidak melupakan hakikat sebenar Aidilfitri sebagai hari kesyukuran setelah menyempurnakan ibadah puasa sepanjang Ramadan. Paduka Baginda menyeru rakyat supaya menggunakan kesempatan ini untuk mempereratkan silaturahim, memperbaiki hubungan sesama insan serta saling bermaaf-maafan. Paduka Baginda turut menasihatkan orang ramai yang akan pulang…

Read More

KUANTAN 19 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Terawih di Surau Istana Abdulaziz, Kuantan. Turut mengiringi, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Riโ€™ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.-KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 19 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menasihatkan rakyat khususnya yang memandu pulang berhari raya agar sentiasa bersabar dan berhemah ketika di jalan raya atau lebuh raya kerana aliran trafik di beberapa laluan utama ketika ini amat sesak. Atas keprihatinan Kebawah Duli Paduka Baginda sendiri berkenan meninjau dari udara aliran trafik keluar dari Lembah Klang menuju ke Pantai Timur yang mengalami kesesakan hari ini berikutan orang ramai mula pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri bersama keluarga tersayang. Sehubungan itu, Paduka Baginda bertitah agar…

Read More

PEKAN, 17 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat mengurniakan Bantuan Aidilfitri kepada 143 asnaf yang merupakan penduduk di Tanah Kesultanan dalam satu majlis di Dewan Utama Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kemudiannya turut berkenan berangkat menyerahkan rumah baharu kepada empat buah keluarga dari Tanah Kesultanan di Kampung Permatang Pauh di sini. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut bertitah agar semua penduduk di Tanah Kesultanan terus menjaga kebersihan, keindahan…

Read More

KUANTAN 16 Mac 2026 – Raja dan Rakyat.. Berpisah tiada. Demikian perumpamaan sesuai buat Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang sekeluarga bercemar duli untuk sama-sama merasai apa yang menjadi kesukaan rakyat jelata termasuk berbuka puasa duduk bersila di tikar berlantaikan rumput dan berbumbungkan langit. Bagaikan acara wajib saban tahun, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang bersama-sama Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang pastinya berangkat berbuka puasa bersama rakyat di Padang Majlis Bandaraya Kuantan 1 (MBK1) di sini. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Riโ€™ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah…

Read More