KUANTAN, 1 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan melantik Orang Besar Berempat Pahang dengan gelaran Yang Dihormat Orang Kaya Indera Shahbandar kepada YB Dato’ Mohamad Nizar bin Dato’ Sri Mohamad Najib pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, hari ini. Pelantikan tersebut bagi memenuhi kekosongan jawatan Orang Besar Berempat Negeri Pahang Darul Makmur, sebuah institusi yang mempunyai kedudukan penting dalam sejarah pemerintahan Kesultanan Pahang serta menjadi sebahagian daripada warisan adat dan kedaulatan negeri sejak zaman berzaman.…
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN, 1 Ogos 2026 – Seramai 52 individu dikurniakan darjah kebesaran dan pingat pada Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran dan Pingat-Pingat Negeri Pahang Darul Makmur sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang ke-67 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Istana Abdulaziz, hari ini, Keberangkatan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang ke Balai Mahkota pada pukul 10.30 pagi diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Pada istiadat berkenaan, Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah…
itah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang apabila menerima kejutan daripada pegawai dan kakitangan di Istana Abdulaziz sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda Ke-67 pada kali ini. Ketika itu, Paduka Baginda bersama-sama Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berangkat pulang daripada menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS). Reaksi terkejut dan titah ucapan terima kasih daripada Paduka Baginda membuatkan semua staf terharu dan menyanjung tinggi keperibadian baginda. “Terima kasih semua…Apa yang awak semua doa, saya doakan kembali kepada semua”, titah baginda. – KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 1 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Jamuan Diraja Pesta Kuantan 188 yang berlangsung di Zenith Hotel Kuantan, malam tadi. Turut berangkat mengiringi Paduka Baginda ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Keberangkatan tiba Paduka Baginda dan Kerabat Diraja disambut oleh YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail bersama barisan kepimpinan Kerajaan Negeri, dif-dif kenamaan serta penaja utama Pesta Kuantan 188 Tahun 2026. Majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan Orkestra Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah sebelum para…
KUANTAN, 1 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Pesta Kuantan 188 di sini semalam. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, YAM Tengku Arif Bendahara, YAM Brigedier Jeneral Tengku Panglima Raja dan isteri, YHM Che Puan Panglima, YAM Tengku Panglima Perang dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah. Paduka Baginda berkenan menyantuni para peserta dan menyaksikan Royal Pahang Dragon Boat Regatta, Pameran Hot Air Baloon, Acara Street Football, merasmikan Gelanggang Pickleball dan turut menyaksikan Pertandingan K188 Cars Drift di…
KUANTAN, 31 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menzahirkan ucapan takziah serta berkenan mengurniakan sumbangan peribadi kepada keluarga Allahyarham Sarjan Udara Nur’Arif bin Sukri yang meninggal dunia secara mengejut di kediamannya, semalam. Sumbangan peribadi daripada Paduka Baginda telah disampaikan oleh Pengelola Bijaya Diraja, Mejar Jeneral Dato’ Mohamed Zahari bin Dato’ Haji Yahya TUDM kepada balu Allahyarham sejurus selesai istiadat pengebumian yang dilaksanakan mengikut istiadat ketenteraan di Tanah Perkuburan Islam Batu 12, di sini. Allahyarham Sarjan Udara Nur’Arif meninggalkan seorang balu, Puan Aidah Azarina binti Zainuddin serta tiga orang cahaya mata yang masih kecil. Pemergian Allahyarham bukan sahaja…
KUANTAN, 31 Julai 2026 – Tanggal 31 Julai 2026 melakar detik bersejarah apabila Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berjaya menamatkan latihan penerbangan sebagai Juruterbang Helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Baginda telah berjaya menamatkan Final Handling Test (FHT) dengan jayanya yang merangkumi latihan Circuit and Landing, Steep Turn, Low Flying, Quickstop, Limited Power Operation, Confined Area Operation dan Practice Forced Landing (Autorotation). Kejayaan ini menjadi kemuncak kepada latihan penerbangan helikopter yang telah dilalui Baginda, sekali gus mencerminkan komitmen, disiplin dan kecekapan Baginda dalam memenuhi piawaian latihan penerbangan TUDM. Turut hadir dalam majlis ringkas tersebut ialah Timbalan Panglima Tentera…
Di sebalik kemeriahan sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, terselit satu detik yang cukup istimewa apabila paduka cucunda membuat kejutan dengan kek-kek comel buat Paduka Baginda sebaik sahaja selesai solat Jumaat hari ini. Kejutan yang sederhana ini bukan sekadar sambutan ulang tahun, bahkan menjadi lambang penghargaan, kasih sayang dan doa daripada paduka cucunda kepada paduka nenda yang amat disayangi. Semoga Allah SWT terus mengurniakan Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang kesejahteraan, kesihatan yang berpanjangan, kebijaksanaan dalam pemerintahan serta sentiasa berada di bawah lindungan dan rahmat-Nya.- KESULTANAN PAHANG DAULAT TUANKU
KUANTAN, 31 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Pahlawan 2026 kepada seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), agensi-agensi penguatkuasaan serta semua anggota pasukan keselamatan yang telah dan sedang berkhidmat dengan penuh keberanian, kesetiaan dan keikhlasan dalam mempertahankan kedaulatan negara. Paduka Baginda berdua turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan serta menjunjung tinggi segala jasa, pengorbanan dan bakti para pahlawan negara yang telah mengabdikan seluruh jiwa dan raga demi mempertahankan keamanan, kemerdekaan dan kesejahteraan tanah air yang tercinta. Hari Pahlawan bukan sekadar suatu sambutan…
TEMERLOH, 31 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menyeru umat Islam dan orang Melayu agar terus mempertahankan perpaduan, memelihara maruah bangsa serta menghormati kedudukan Islam dan institusi Raja-Raja Melayu yang menjadi tunjang kestabilan negara. Paduka Baginda bertitah, kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk menghina agama, mempersendakan syiar Islam atau mempertikaikan perkara-perkara yang telah dipersetujui dalam kerangka Perlembagaan Persekutuan. Paduka Baginda turut menzahirkan kebimbangan terhadap kecenderungan segelintir pihak yang secara terbuka memperlekehkan agama Islam, menghina institusi Melayu serta mencetuskan perpecahan dalam kalangan masyarakat. “Janganlah kita terlalu ghairah mempertahankan kelompok sehingga lupa mempertahankan agama. Janganlah kita terlalu sibuk…






