Author: Kesultanan Pahang

PULAU TIOMAN, 18 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat meninjau dan menyertai Gotong-Royong Perdana di sekitar Kampung Tekek, hari ini. Paduka Baginda berkenan menunggang sendiri motosikal jenis Blueshark R1 ke beberapa lokasi utama gotong-royong berkenaan selain meninjau persekitaran di kampung ini terutamanya aspek kebersihan. Keberangkatan Paduka Baginda pada pukul 9 pagi turut diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan disambut Pengurus Besar Lembaga Pembangunan Tioman (TDA),Jumshoiry Novdany bin…

Read More

PULAU TIOMAN, 17 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menitahkan agar sektor pertanian, kebersihan awam serta pengurusan infrastruktur di Pulau Tioman diperkasakan secara menyeluruh demi kesejahteraan rakyat dan kelestarian pulau berkenaan. Ketika berkenan bercemar duli berangkat mendengar Taklimat Pembangunan Pulau Tioman, Paduka Baginda menzahirkan rasa sukacita terhadap cadangan program pertanian termasuk pembangunan rumah hijau (greenhouse) dan 10 cadangan tanaman asas. Paduka Baginda bertitah projek-projek pertanian perlu diberi keutamaan dan hasilnya dimanfaatkan untuk penduduk tempatan. “Saya harap semua projek pertanian diberi sedikit keutamaan. Kalau boleh kita jualkan kepada orang-orang kampung kita. Jangan…

Read More

PULAU TIOMAN, 17 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menegaskan aspek kebersihan tidak boleh dikompromi, termasuk melibatkan bangunan dan kawasan milik jabatan kerajaan di Pulau Tioman. Ketika berkenan bercemar duli berangkat mendengar Taklimat Pembangunan Pulau Tioman, Paduka Baginda bertitah mana-mana jabatan kerajaan yang terletak di tepi jalan perlu memastikan bangunan dan persekitaran sentiasa berada dalam keadaan bersih serta terpelihara. “Saya tak boleh kompromi dari segi kebersihan. Mana-mana jabatan kerajaan yang ada di tepi jalan perlu menjaga bangunan dari segi kebersihan dan kecantikan. Kalau pagar tak cantik, catlah. Kalau kawasan kotor, bersihkan,”…

Read More

PULAU TIOMAN, 17 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar Pulau Tioman perlu diletakkan sebagai keutamaan utama dalam agenda pembangunan negeri dan tidak boleh lagi dianggap sebagai kawasan yang “jauh di mata” sehingga terlepas daripada perhatian sewajarnya. Paduka Baginda bertitah, keberangkatan ke pulau berkenaan bukan sahaja untuk bersama rakyat menyambut kedatangan Ramadan, malah bagi melihat sendiri keadaan semasa serta perkembangan pembangunan di kawasan itu. “Saya hadir di sini dengan tujuan nak bersama rakyat saya di Pulau Tioman ini menyambut kedatangan bulan Ramadan. Dalam pada…

Read More

PULAU TIOMAN, 17 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan rasa dukacita dan kekecewaan mendalam terhadap kejadian pembunuhan tragis yang berlaku di Cherating, pagi tadi. Paduka Baginda bertitah, kejadian seumpama itu tidak seharusnya berlaku dan amat mengejutkan, khususnya apabila ia melibatkan sebuah keluarga. “Saya ingin menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian (pembunuhan) yang berlaku pagi tadi di Cherating, Kuantan. Ini tidak harus berlaku dan sebagai Raja Pemerintah, saya nasihatkan rakyat saya supaya awasilah mereka yang cuba mempunyai perangai yang sebegini, tidak harus dibiarkan,” titah Paduka Baginda.…

Read More

PULAU TIOMAN, 17 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Pulau Tioman bagi memulakan lawatan kerja rasmi selama empat hari bermula hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda mencerminkan keprihatinan berterusan terhadap pembangunan dan kesejahteraan rakyat di pulau berkenaan, khususnya dalam aspek infrastruktur, kemudahan awam serta kebajikan masyarakat setempat. Sepanjang lawatan tersebut, Paduka Baginda berkenan mendengar taklimat pembangunan Pulau Tioman yang merangkumi perancangan projek-projek semasa dan akan datang demi memastikan kemajuan pulau itu dilaksanakan secara terancang dan mampan. Selain itu, Paduka Baginda turut…

Read More

KUANTAN, 17 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina anjuran Tan Sri Peter Cheah di Taman Suria, Kubang Buaya di sini hari ini. Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah.- KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN 17 Februari 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menziarahi jenazah bekas Pengelola Istana Abdulaziz, Allahyarham Ramli Mahmud, 75, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Perkampungan Chenderawasih di sini hari ini. Allahyarham yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Pahang sekitar tahun 1970-an dilaporkan meninggal dunia dirumahnya di Cenderawasih awal pagi tadi. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.- KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 16 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat berketurunan Tionghoa di negeri Pahang dan di seluruh negara. Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan perayaan ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan bersama keluarga serta sahabat handai. Semoga Tahun Baru Cina kali ini memberi keceriaan, kesihatan yang berpanjangan serta mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam…

Read More

KLANG, 16 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat menyertai Program 𝘛𝘩𝘦 𝘓𝘪𝘷𝘪𝘯𝘨 𝘓𝘦𝘨𝘢𝘤𝘺 𝘞𝘢𝘭𝘬 yang diadakan di Bandaraya Diraja Klang pada 14 Februari lalu. Program anjuran Badan Warisan Malaysia itu merupakan satu inisiatif memperkenalkan semula sejarah dan warisan Klang sebagai antara penempatan terawal di rantau ini melalui lawatan berjalan kaki di sekitar bandar lama. Lawatan yang berlangsung dari jam 9.30 pagi hingga 1.10 tengah hari itu membawa para peserta menyusuri lokasi-lokasi bersejarah yang mencerminkan perkembangan dan kepelbagaian budaya masyarakat setempat sejak dahulu…

Read More