Author: Kesultanan Pahang

TEMERLOH, 31 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menyeru seluruh rakyat negeri ini supaya sentiasa mengamalkan sikap tabayyun serta tidak mudah mempercayai dan menyebarkan sesuatu berita yang belum dipastikan kesahihannya, khususnya dalam era digital yang semakin mencabar. Paduka Baginda bertitah, perkembangan teknologi komunikasi dan kecerdasan buatan (AI) telah menjadikan penyebaran maklumat berlaku dengan begitu pantas sehingga sukar membezakan antara fakta dan rekaan. Menurut Paduka Baginda, penyebaran berita yang tidak sahih, rakaman yang dimanipulasi serta kenyataan yang diputarbelitkan bukan sahaja boleh mencetuskan kekeliruan, malah berupaya merosakkan perpaduan dan memecah-belahkan masyarakat. Paduka Baginda mengingatkan bahawa Allah SWT telah memerintahkan…

Read More

TEMERLOH, 30 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian masjid baharu Kampung Desa Murni yang dimahsyurkan dengan nama Masjid At-Taqwa serta Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda Ke-67, di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Turut sama ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah; YAM Tengku Panglima Perang, Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan suami…

Read More

KUANTAN, 30 Julai 2026 – Dengan penuh rasa takzim, hormat serta junjung kasih yang tidak terhingga, patik sekalian pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi ucapan tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Paduka Baginda yang ke-67 pada tahun ini. Sesungguhnya, patik sekalian amat menjunjung kasih atas kepimpinan Paduka Baginda Tuanku Sultan yang sentiasa berteraskan kebijaksanaan, keadilan, kewibawaan serta penuh hikmah dalam memayungi negeri Pahang Darul Makmur. Keprihatinan Paduka Baginda terhadap kebajikan rakyat, kemajuan negeri, pemerkasaan syiar…

Read More

KUANTAN, 30 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Universiti Al-Quran Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah Pahang (UNIQSAAS) yang berlangsung di Auditorium Tuanku Canselor UNIQSAAS, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang serta Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Turut hadir ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah…

Read More

KUANTAN, 29 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang berkenan berangkat meneruskan latihan penerbangan helikopter menerusi sesi fly low training di sepanjang persisiran pantai negeri Pahang, petang ini.Latihan penerbangan tersebut melibatkan laluan bermula dari persisiran pantai Pekan sehingga ke Teluk Cempedak, Kuantan sebagai sebahagian daripada modul latihan yang sedang diikuti oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 28 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menzahirkan pandangan agar hukuman khidmat masyarakat diperkasakan sebagai salah satu bentuk hukuman alternatif bagi kesalahan jenayah syariah. Namun begitu, Paduka Baginda menegaskan bahawa pelaksanaan hukuman tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai suatu bentuk pembalasan, sebaliknya sebagai instrumen untuk membina keinsafan, memperbaiki akhlak serta memulihkan pesalah agar kembali menghayati nilai-nilai Islam dan berperanan sebagai anggota masyarakat yang bertanggungjawab. “Kita kini sedang melangkah ke era baharu dalam pembangunan perundangan syariah yang menuntut pendekatan lebih progresif dan berorientasikan pemulihan. “Ia (hukuman) alternatif bagi kesalahan syariah yang bersesuaian, selaras dengan peruntukan undang-undang yang berkuat…

Read More

KUANTAN, 28 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang menitahkan agar usaha memelihara alam sekitar diperkukuhkan menerusi kerjasama strategik melibatkan agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), badan korporat serta komuniti setempat. Paduka Baginda bertitah, agenda kelestarian alam merupakan amanah Allah SWT kepada manusia sebagai khalifah di muka bumi dan setiap individu bertanggungjawab memelihara keseimbangan alam ciptaan-Nya. “Pelbagai kerosakan alam yang berlaku hari ini berpunca daripada perbuatan manusia seperti pembuangan sampah merata-rata, pencerobohan hutan, pembalakan tanpa kawalan serta pembakaran terbuka yang akhirnya menyumbang kepada perubahan iklim, pencemaran, banjir dan tanah runtuh. “Setiap antara…

Read More

KUANTAN, 28 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang bertitah agar Kerajaan Negeri meneliti pewujudan Pusat Pentadbiran dan Perkhidmatan Islam Pahang (PPIP) sebagai pusat sehenti yang menghimpunkan agensi-agensi hal ehwal Islam di bawah satu bumbung. Paduka Baginda bertitah, inisiatif itu diyakini mampu memperkukuh penyelarasan antara agensi, memudahkan akses rakyat kepada pelbagai perkhidmatan Islam serta mewujudkan sistem penyampaian yang lebih cekap, pantas dan bersepadu selaras dengan aspirasi pembangunan Negeri Pahang. “Sesebuah institusi diukur melalui keupayaannya menyampaikan perkhidmatan yang cekap, responsif dan berorientasikan rakyat. Namun, hal ehwal Islam di negeri Pahang masih dilaksanakan di beberapa lokasi berasingan sekaligus menyukarkan rakyat…

Read More

KUALA LUMPUR, 28 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menyempurnakan majlis penyerahan zakat perniagaan Kumpulan Kewangan Islam Maybank kepada Pusat Kutipan Zakat Pahang di Shahzan House, di sini, semalam. Penyerahan tersebut dilakukan oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Maybank, Dato’ Sri Khairussaleh Ramli kepada PKZ Pahang yang diwakili Ketua Pegawai Eksekutif, Dr. Haji Mohd Azmi Haji Othman. Turut berangkat menyaksikan ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Hadir sama, Pengerusi Maybank, Tan Sri Dato’ Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa Pembayaran zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta itu merupakan pencapaian tertinggi Kumpulan Kewangan Islam Maybank dalam…

Read More

PEKAN, 26 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke Jamuan Diraja sempena Sambutan 100 Tahun Sekolah Sultan Ahmad yang bertema Menggamit Memori Seabad Melakar Gemilang, di sekolah berkenaan semalam. Turut mengiring keberangkatan Paduka Baginda ialah Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang. Keberangkatan pada jam 8 malam itu disambut oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang, Dato’ Sri Nazri Abu Bakar; Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan 100 Tahun Sekolah Sultan Ahmad, YH Dato’ Ahmad Rahimi Abdul Samad dan alumni sekolah. Majlis tersebut diraikan sempena memperingati 100 tahun…

Read More