CAMERON HIGHLANDS, 12 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Tanah Rata di sini, hari ini.

Turut mengiringi ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain membeli juadah berbuka puasa, Paduka Baginda turut meluangkan masa menyantuni rakyat yang mahu mendekati dan bergambar kenangan bersama raja yang disayangi.- KESULTANAN PAHANG
