RAUB, 28 Februari 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Al-Muttaqin, Kampung Sempam Baru, di sini.

Solat Jumaat di masjid tersebut diimamkan oleh Muhammad Nur Hafizuddin bin Sabarrudin.

Paduka Baginda turut berkenan mendengar beberapa perkara disampaikan pihak pengurusan masjid dan menyampaikan kurniaan kepada pihak pengurusan masjid yang diwakili pengerusi masjid.


Usai solat, Paduka Baginda berkenan berangkat ke Kelab Golf Raub untuk menikmati santapan tengahari. -KESULTANAN PAHANG
