CAMERON HIGHLANDS, 1 Mei 2025 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli beriadah dengan berjalan kaki di sekitar Padang Golf Sultan Ahmad Shah di sini hari ini.

Aktiviti santai tersebut bukan sahaja mencerminkan keprihatinan baginda terhadap alam semula jadi, malah turut menjadi inspirasi kepada rakyat agar mengamalkan gaya hidup sihat. -KESULTANAN PAHANG
