CYBERJAYA 9 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan perlawanan polo βπͺππππππ πΊπππππ π·πππ π»πππππππππ’ antara pasukan Sri Bendahara dengan Citaglobal La-Raza di Kelab Polo dan Ekuestrian Diraja Selangor (RSPEC), Cyberjaya di sini semalam.
Pasukan Sri Bendahara yang diketuai YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menang pada perlawanan tersebut dengan keputusan 7 berbalas 4.5.
Lebih manis, YAM Tengku Arif Bendahara turut menyumbang dua jaringan yang amat menarik.- KESULTANAN PAHANG







