JERANTUT, 11 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan memasyurkan Masjid Baharu Kampung Durian Hijau di sini dengan nama Masjid Abdulrrahman Ibn Auf, Kampung Durian Hijau.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf di kawasan sekitar. -KESULTANAN PAHANG