KUALA LUMPUR, 3 Mei 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pernikahan paduka anakanda Tengku Puteri Seri Kemala Tengku Dato’ Sri Hajjah Aishah Binti Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah yang juga paduka kekanda Sultan Pahang di sebuah hotel di sini semalam.

Kebawah Duli Paduka Baginda berdua turut berkenan merakamkan gambar kenangan bersama pasangan pengantin, Yang Mulia Dato’ Indera Tun Putera Ahmad Aizuddin Shah bin Dato’ Indera Mohamed Johan dengan Cik Nur Izzalia binti Dato’ Tajul Aman dan beramah mesra dengan tetamu.

Berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Turut berangkat, YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Cik Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz; YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah bersama suami, Yang Hormat FD Idzham bin FD Iskandar. – KESULTANAN PAHANG


