KUANTAN, 7 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Yang Amat Berhormat Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Haji Wan Ismail serta barisan kepimpinan tertinggi Negeri Pahang di Istana Abdulaziz di sini hari ini.

Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap YB Setiausaha Kerajaan Pahang,Dato’Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob; YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’Sri Saiful Edris Zainuddin serta YB Pegawai Kewangan Negeri Pahang,YB Dato’ Indera Nazri Abu Bakar.

Pada pertemuan tersebut, Paduka Baginda berkenan meluangkan masa berbincang mengenai hal ehwal pentadbiran negeri Pahang serta menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada YB Setiausaha Kerajaan Pahang,Dato’Sri Haji Zulkifli Haji Yaacob yang akan menamatkan perkhidmatan pada hari ini serta YB Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang, Dato’Sri Saiful Edris Zainuddin yang akan bertukar ke Jabatan Peguam Negara, Putrajaya bermula 17 April, ini.

Paduka Baginda kemudiannya ke majlis santapan bersama barisan kepimpinan tertinggi yang hadir bersama isteri sebelum turut berkenan merakam gambar kenangan. -KESULTANANPAHANG
