PEKAN, 26 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan menziarahi jenazah Allahyarham YH. Dato’ Hj. Abdul Razak bin Dato’ Sri Hj. Ghazali yang telah kembali ke rahmatullah semalam pada usia 65 tahun akibat masalah kesihatan.
Allahyarham merupakan adik kepada Dang Perwara, YH. Dato’ Hanizah binti Dato’ Sri Hj. Ghazali.
Jenazah Allahyarham dibawa ke kediaman YH. Dato’ Hanizah untuk penghormatan terakhir dan disembahyangkan sebelum dikebumikan.- KESULTANAN PAHANG








