INDONESIA 19 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang berkenan bercemar duli berangkat membentangkan syarahan bertajuk
‘Re-reading Malay Legal Manuscripts as Constitutional Texts : The Continuity of Hukum Kanun Melaka and Hukum Kanun Pahang di dalam Persidangan Antarabangsa dengan tema “Manuscripts and the Diversity of Islam (s) in Southeast Asia” di Universiti Islam Antarabangsa Indonesia (UIII), Depok, Jakarta di sini hari ini.
Paduka Baginda antara 26 pembentang kertas kerja daripada empat buah negara yang terlibat iaitu Malaysia, Indonesia, United Kingdom dan Singapura.
Seminar berkenaan diadakan bertujuan untuk meneroka manuskrip-manuskrip Islam dan budaya persuratan nusantara dengan melihat kepada satu perspektif baharu.
Menariknya, warga UIII begitu teruja menyambut ketibaan Paduka Baginda kerana baginda merupakan raja pertama yang berangkat ke universiti berkenaan bagi tujuan perkongsian ilmu sejak ia beroperasi lima tahun lalu.- KESULTANAN PAHANG






