KUANTAN, 25 November 2026– Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Datuk Seri Dr A Samad Said yang telah kembali ke rahmatullah pada pukul 6.01 petang semalam di Hospital Kuala Lumpur.
Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita di atas pemergian Allahyarham yang semasa hayat Allahyarham merupakan tokoh ulung dunia persuratan negara yang memperkayakan khazanah bangsa menerusi karya-karyanya.
Paduka Baginda berharap agar seluruh ahli keluarga Allahyarham dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi kehilangan insan tersayang.
Paduka Baginda berdua mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah. – KESULTANAN PAHANG






