KUANTAN, 18 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menunaikan solat Isyak dan terawih di Masjid Sultan Ahmad Shah Felda Bukit Goh di sini semalam.

Turut berangkat mengiring ialah YAM Tengku Arif Temenggung Tengku Fahad Mua’adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

KDPM Tengku Mahkota Pahang turut menyantuni penduduk setempat dan mengurniakan sumbangan kepada kanak-kanak selepas selesai solat berjemaah.- KESULTANAN PAHANG
