KUANTAN, 18 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah di atas acara pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang begitu cemerlang, semalam.
Ucapan sama turut dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta seluruh rakyat negeri Pahang.
Tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan YABhg Toh Puan Fauziah binti Mohd Sanusi serta Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Johari Tun Abang Haji Openg dan YABhg Dato Amar Hajjah Jumaa”ani Tun Tuanku Haji Bujang serta seluruh kepimpinan kerajaan Negeri Sarawak selaku penganjur SUKMA Sarawak pada tahun ini.
Kemeriahan Perasmian Pembukaan SUKMA Sarawak 2024 dapat dibuktikan dengan kehadiran ramai penonton yang telah membanjiri Stadium Sarawak di Kuching. Setinggi-tinggi tahniah juga kepada seluruh rakyat yang telah turut memeriahkan Majlis Perasmian tersebut.
Dato’ Pandelela dan peninju sensasi Sarawak Daeloniel McDelon Bong telah diberikan penghormatan membawa obor pada temasya kali ini.
Penganjuran SUKMA Sarawak 2024 merupakan kali ketiga dan dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak membabitkan 488 acara sukan berketepatan dengan logo “Semangat Perpaduan Membara” yang menekankan kesepakatan dan masyarakat majmuk walaupun terdiri daripada latar belakang berbeza. – KESULTANAN PAHANG
Sultan Pahang zahir ucapan tahniah kepada Sarawak atas penganjuran SUKMA 2024