KUANTAN, 17 September 2026 – Dengan penuh rasa takzim dan junjung kasih, patik sekalian pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi tahniah ke sisi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-31 pada hari ini 17 September 2026 bersamaan 5 Rabiulakhir 1448H.
Seluruh warga Majlis Kesultanan Pahang turut merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah serta mendoakan agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan usia serta dilimpahi rahmat, keberkatan dan keafiatan oleh Allah SWT.
Warga Majlis Kesultanan Pahang turut menzahirkan doa agar Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang terus dikurniakan kebijaksanaan, kekuatan dan ketabahan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang dipikul demi agama, bangsa dan negeri Pahang.
Semoga Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang sentiasa berada dalam lindungan dan rahmat Allah SWT serta terus menjadi tonggak yang menyumbang kepada kesejahteraan dan kemakmuran negeri Pahang bersama seluruh rakyat. – KESULTANAN PAHANG







