KUANTAN, 31 Ogos 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenanbercemar duli berangkat menyempurnakan Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2026 Sirkit 3 di Kelab Golf Diraja Kuantan, baru-baru ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut menyertai kejohanan tersebut.-KESULTANAN PAHANG








