KUANTAN, 1 Oktober 2026 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, patik pacal-pacal warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini bersamaan 19 Rabiulakhir 1448H.
Patik pacal-pacal sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan, serta sentiasa dilimpahi kebahagiaan, keberkatan dan rahmat Allah SWT.
Semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja sentiasa berada dalam lindungan dan pemeliharaan Allah SWT, dipermudahkan segala urusan serta dikurniakan kesejahteraan dan kejayaan dalam setiap langkah kehidupan. – KESULTANAN PAHANG







