PEKAN, 27 Februari 2025 – Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hadir ke Malam Amal Majlis Aids Malaysia di Hotel Ancasa Royale, hari ini.

Kehadiran Tengku Puteri Ilisha adalah selaku wakil rasmi kepada Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Majlis amal ini telah berjaya menerima kutipan berjumlah lebih RM 800,000 sekaligus membantu rumah-rumah kebajikan pesakit AIDS di seluruh Malaysia.

Turut hadir ialah Yang Amat Mulia Tengku Besar, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah serta Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri Pahang, YB Dato’ Hajah Sabariah Saidan. -KESULTANAN PAHANG
