KUANTAN, 16 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baru Cina kepada seluruh rakyat berketurunan Tionghoa di negeri Pahang dan di seluruh negara.
Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar sambutan perayaan ini diraikan dalam suasana penuh kegembiraan, kemakmuran dan kebahagiaan bersama keluarga serta sahabat handai.
Semoga Tahun Baru Cina kali ini memberi keceriaan, kesihatan yang berpanjangan serta mengukuhkan lagi semangat perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat berbilang kaum di negeri Pahang Darul Makmur khususnya, dan Malaysia amnya.
Selamat Tahun Baru Cina. Gong Xi Fa Cai. – KESULTANAN PAHANG







