KUANTAN 17 Februari 2026- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menziarahi jenazah bekas Pengelola Istana Abdulaziz, Allahyarham Ramli Mahmud, 75, di Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Perkampungan Chenderawasih di sini hari ini.
Allahyarham yang juga merupakan bekas pemain bola sepak Pahang sekitar tahun 1970-an dilaporkan meninggal dunia dirumahnya di Cenderawasih awal pagi tadi.
Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku turut diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.- KESULTANAN PAHANG







