KUANTAN, 18 Februari 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan selamat menyambut bulan Ramadan dan selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam di negeri Pahang dan di seluruh negara.
Paduka Baginda berdua menzahirkan harapan agar bulan Ramadan yang mulia ini dapat disambut dan dijalani dengan penuh keimanan, ketakwaan dan kesyukuran serta dimanfaatkan sebaiknya untuk memperbanyakkan amal ibadah dan serta mengeratkan silaturahim.
Semoga Ramadan kali ini membawa keberkatan, rahmat dan keampunan di samping menyemarakkan lagi semangat perpaduan, kasih sayang dan keprihatinan dalam kalangan rakyat. – KESULTANAN PAHANG








