KUALA LUMPUR, 09 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr. Zulkifli Bin Hasan di Shahzan House, di sini hari ini.
Paduka Baginda dipersembahkan taklimat perkembangan terkini hal ehwal agama Islam, perancangan dan tindakan kementerian secara umum khususnya di Negeri Pahang.
Hadir sama, Ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee. – KESULTANAN PAHANG






