ALOR SETAR, 4 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berangkat ke latihan bagi Kursus Asas Penerbangan Siri 67 (A)/26 di Kolej Tentera Udara (KTU), hari ini.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku memulakan jadual latihan dengan sesi taklimat pra-penerbangan sebelum melaksanakan latihan penerbangan pertama (Area Familiarization) yang bertujuan memperkenalkan kawasan operasi penerbangan, prosedur asas serta persekitaran udara kepada pelatih.
Kebawah Duli Paduka Mulia Tuanku kemudiannya menghadiri kelas Meteorologi, sesi Mass Brief Effect of Control serta latihan simulator Flight Training Device (FTD) Effect of Control yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih TUDM. -KESULTANAN PAHANG








