BENTONG, 12 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Sultan Abu Bakar, Janda Baik di sini hari ini.
Kebawah Duli Paduka Tuanku tiba di masjid berkenaan pada pukul 12.50 tengah hari dan disambut oleh pemimpin setempat serta pegawai-pegawai kerajaan yang hadir.
Sejurus keberangkatan tiba, Paduka Baginda menunaikan solat Jumaat bersama-sama jemaah yang hadir sebelum mengurniakan sumbangan kepada golongan asnaf.
Seramai 100 penerima asnaf dari sekitar Janda Baik dan Bentong menerima kurniaan masing-masing sebagai tanda kasih sayang dan keprihatinan baginda dalam meringankan beban yang ditanggung rakyat dalam menguruskan perbelanjaan harian.
Paduka Baginda turut berkesempatan menyantuni peniaga di gerai-gerai berhampiran di sepanjang laluan. – KESULTANAN PAHANG







