KUANTAN, 27 Jun 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat ke majlis perkahwinan pacal didik Allahyarham YH Lt.Kol (B) Tok Muda Shahrir bin Abdul Malek dan YM Tengku Faridah Noor binti Tengku Arif Temenggong Tengku Ahmad di Hotel Swiss Garden Beach Resort di sini, malam tadi.
Paduka Baginda berangkat meraikan pasangan pengantin, Khalid Naim bin Dato Haji Rusmani dan Hajjah Puteri Noor Elisha binti Lt.Kol Tok Muda Shahrir.
Allahyarham Tok Muda Shahrir adalah bekas Pembantu Eksekutif kepada Sultan Pahang dan berkhidmat secara rasmi di Istana Pahang serta pernah berkhidmat sebagai Pegawai Pemerintah Batalion Pertama Rejimen 505 Askar Wataniah Malaysia.
Paduka Baginda turut berkenan beramah mesra dan bergambar kenangan bersama pasangan pengantin dan keluarga serta menyantuni para tetamu yang hadir.
Keberangkatan Paduka Baginda ke majlis tersebut bukan sahaja memeriahkan majlis perkahwinan, malah meninggalkan seribu kenangan manis yang amat bermakna buat pasangan pengantin dan seluruh hadirin. – KESULTANAN PAHANG







