Author: Kesultanan Pahang

CAMERON HIGHLANDS 13 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri Kelas bacaan al-Quran dan Kelas Tulisan Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Sri Angkasa di sini hari ini. Kelas pada hari ini menekankan kaedah membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan mempelajari cara menulis Jawi dengan betul. Yang lebih menarik, buku rujukan yang digunakan semasa kelas jawi adalah buku “Mahir Jawi: Panduan Komprehensif Untuk Semua Peringkat” oleh Munsyi Dewan Jawi UniPSAS yang telah dirasmikan sendiri oleh Kebawah Duli Tuanku pada Majlis perasmian penutupan…

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 12 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) di Kampung Leryar di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda dengan memandu sendiri pada pukul 12 tengahari disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail serta wakil kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mr Aamer Alteneiji. Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda berkenan menyerahkan Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) kepada 40 penerima melibatkan penduduk daripada tiga buah daerah iaitu…

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 12 September 2025 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli beriadah dengan berjalan kaki di sekitar Padang Golf Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Aktiviti santai tersebut bukan sahaja mencerminkan keprihatinan baginda terhadap alam semula jadi, malah turut menjadi inspirasi kepada rakyat agar mengamalkan gaya hidup sihat. -KESULTANAN PAHANG

Read More

CAMERON HIGHLAND, 11 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat ke majlis tahlil Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar dan Almarhum Tengku Ampuan Hajah Afzan Tengku Panglima Perang Tengku Muhammad di Istana Sri Angkasa, Cameron Highland. – KESULTANAN PAHANG

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 11 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menegaskan tidak mahu melihat penerokaan haram berlaku di negeri ini khususnya di Cameron Highlands. Paduka Baginda bertitah, besar harapan agar tiada lagi kawasan-kawasan yang dibuka sewenang-wenangnya, bukit-bukit yang cantik ini ditarah tanpa ambil kira ketinggian bukit atau cerun bukit dengan sewenang wenangnya. “Kita perlu mulakan prosedur dan protokol yang baharu, saya seru supaya semua ambil tahu hal ini. Saya dah maklum pada Kerajaan Negeri dan Exco supaya ambil tahu hal ini secara mendalam supaya jadikan…

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 11 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah menegaskan pengusaha pertanian di Cameron Highlands perlu mengutamakan amalan berteraskan Persekitaran, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) bagi memastikan hasil mereka kekal diterima di pasaran antarabangsa. Paduka Baginda bertitah, kegagalan mematuhi elemen ESG boleh menyebabkan produk pertanian tempatan ditolak negara luar. “Di sini saya juga nak menegaskan supaya kebun-kebun di Cameron Highlands perlu menukar corak pertanian kerana dunia sekarang semakin canggih memandangkan aspek ESG ini perlu kita terapkan. ” Tanpa elemen ESG ini mungkin produk yang…

Read More

CAMERON HIGHLANDS, 11 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan perasmian Sustainable Modern Agriculture Cameron Highlands (SMACH) Agropark-Fasa 1 di Tringkap, hari ini. Keberangkatan tiba Paduka Baginda pada pukul 11 pagi disambut YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail. Paduka Baginda turut berkenan mendengar persembahan taklimat oleh Pengarah Operasi Agropark serta menonton tayangan montaj ringkas mengenai pembangunan projek berkenaan. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku kemudiannya berkenan ke pentas utama untuk menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran memorandum persefahaman…

Read More

KUANTAN, 11 September 2025 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada hari ini 11 September 2025 bersamaan 18 Rabiulawal 1447. Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad dan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan…

Read More

Kejohanan Golf Remaja Pahang Piala YAM Tengku Arif Bendahara yang berlangsung di Mahkota Golf & Country Club (MGCC), Jalan Sungai Lembing, Kuantan, Pahang pada 2 September 2025 melakar satu lagi sejarah penting dalam pembangunan sukan golf negara ini. Kejohanan julung kali ini merupakan cetusan idea dan inisiatif YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sendiri, yang berhasrat menyediakan satu platform terbaik untuk mencungkil bakat-bakat muda serta melahirkan pelapis berkualiti dalam arena golf. Lebih istimewa, YAM Tengku Arif Bendahara turut menyumbang hadiah-hadiah utama untuk para pemenang, sekali gus memberikan suntikan semangat dan…

Read More

KUANTAN, 9 September 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Pusat Latihan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Paya Bungor (PLPB), di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Dato’ Sri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi; Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah; Dato’ Hajah Rubiah Haji Wang serta YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail. Paduka Baginda berkenan merasmikan majlis ini yang merupakan simbolik kepada pembukaan semula…

Read More