KUALA LUMPUR, 28 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyaksikan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang beraksi dalam Kejohanan Maybank Pro-Am Maybank Championship 2026 di Kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC), Bukit Kiara, di sini hari ini.
Hadir mengiringi ialah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bersama Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Keberangkatan Paduka Baginda menyerikan hari pembukaan kejohanan berprestij itu yang berlangsung selama lima hari bermula hari ini hingga 1 November depan, menghimpunkan pemain golf profesional dan amatur dalam satu platform pertandingan bertaraf antarabangsa.
Penyertaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang dalam kategori Pro-Am turut mencerminkan sokongan berterusan Baginda terhadap pembangunan sukan golf serta usaha memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai tuan rumah kejohanan golf bertaraf dunia. — KESULTANAN PAHANG






