Author: Kesultanan Pahang

PERLIS 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Negeri Perlis semalam. Keberangkatan Kebawah Duli Tuanku sempena Sambutan Jubli Perak Pemerintahan DYMM Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan mengurniakan Surat Cara Lantikan dan menyaksikan Ikrar Taat Setia YB. Penasihat Undang-undang Negeri Pahang yang baharu, YBhg. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz di sini semalam. – KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN 18 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menerima mengadap Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Dato’ Wira Muhammad Hafizuddeain Jantan; Panglima Medan Darat, Leftenan Jeneral Dato’ Malek Razak Sulaiman dan Panglima Divisyen 3 Infantri, Mejar Jeneral Dato’ Mohamad Suria Mohamad Saad di Istana Abdulaziz di sini semalam. Paduka Baginda turut berkenan menerima mengadap Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato’ Sri Mohd Yusri Hassan Basri. Paduka Baginda meluangkan masa hampir satu jam bagi mendengar taklimat, berbincang dan bertukar-tukar pendapat mengenai peranan…

Read More

KUANTAN, 16 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Hadir sama, YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail, YB. Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’…

Read More

KUANTAN, 16 APRIL 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan Majlis Peluncuran Penjenamaan Alam Mind Scape Sdn Bhd, di Hotel Hyatt Regency hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang juga Pengerusi Shahzan Alam Muda Sdn. Bhd bersama isteri YM Tengku Natasya Puteri Binti Tengku Adnan. Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail; YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Indera…

Read More

JERANTUT, 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan merasmikan Pusat Gerakan Bencana Banjir Terapung (FLOODCOM) yang pertama di Malaysia di Kampung Bantal, Hulu Tembeling di sini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama berangkat ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. FLOODCOM yang…

Read More

JERANTUT, 14 April 2025 – Sokongan padu dari Paduka Ayahanda Sultan Pahang serta pemerintah Abu Dhabi terhadap usaha memelihara dan memulihara spesis Harimau Malaya di Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah telah membuahkan hasil yang memberangsangkan. Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, peruntukan besar daripada pihak UAE sebanyak hampir RM100 juta menunjukkan bahawa orang luar mula percaya dan yakin akan inisiatif yang diperjuangkan selama ini, iaitu memelihara dan memulihara Harimau Malaya serta melindungi alam sekitar “Maka, patik benar-benar berharap agar Kerajaan Malaysia mahupun Kerajaan Negeri, malah, seluruh…

Read More

JERANTUT 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke menyaksikan Sukan Rakyat di Kampung Bantal, Ulu Tembeling di sini semalam. Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah. – KESULTANAN PAHANG

Read More

JERANTUT 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Kampung Orang Asli Sungai Kucing di sini semalam. Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KESULTANAN PAHANG

Read More

JERANTUT 15 April 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Padang Ragut Bertih, Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah di sini semalam. Turut berangkat mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama ialah tetamu kehormat dari UAE iaitu Presiden IUCN yang juga Pengarah Urusan Tabung Pemuliharaan Spesies Mohamed Bin Zayed,…

Read More