KUANTAN, 2 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menunaikan zakat fitrah dan zakat harta di Istana Abdulaziz, hari ini. Paduka Baginda menzahirkan komitmen berterusan dalam menyempurnakan Rukun Islam ketiga sebagai tanda tanggungjawab dan keprihatinan terhadap kesejahteraan umat Islam di negeri ini. Bayaran zakat tersebut disempurnakan melalui Pengurus Besar Pusat Kutipan Zakat & Wakaf Pahang, Tuan Haji Mohd Azmi bin Haji Othman serta amil zakat fitrah, Ustaz Muhammad Solehin bin Abdul Aziz. Tindakan Paduka. Baginda itu mencerminkan kepimpinan berteraskan nilai agama dan menjadi contoh teladan kepada rakyat…
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN, 1 Mac 2026 – Seluruh masjid dan surau di Negeri Pahang hari ini melaksanakan solat hajat secara serentak bagi mendoakan keselamatan negara-negara Islam khususnya di Timur Tengah serta rakyat Malaysia yang berada di sana. Solat hajat tersebut diadakan selepas solat Isyak sebelum solat Tarawih, selaras dengan titah Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Langkah ini diambil susulan situasi pergolakan yang melanda beberapa negara Islam di Timur Tengah ketika ini yang dikhuatiri boleh mengancam keamanan dan keselamatan umat Islam, termasuk rakyat Malaysia yang berada di rantau berkenaan. Melalui penganjuran solat hajat ini, umat Islam…
KUANTAN 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat ke gerai kuih-muih tradisional di Beserah Putu Piring di sini untuk membeli juadah berbuka puasa, hari ini. Paduka Baginda berkenan menyantuni dan menyampaikan kurniaan peribadi kepada rakyat yang hadir membeli juadah berbuka puasa di situ. Terdahulu, Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menunaikan solat Asar di Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan. -KESULTANAN PAHANG
KAJANG 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke Program Memasak Bubur Lambuk Untuk Penghuni Penjara Wanita Kajang di sini hari ini. Program tahunan kendalian Paduka Baginda sendiri itu dizahirkan sebagai tanda kasihnya Paduka Baginda kepada golongan di sebalik tirai besi agar mereka juga tidak dipinggirkan. Inisiatif KDPB Tengku Ampuan Pahang yang juga Penaung Kraf Diraja Jabatan Penjara Malaysia itu agar golongan yang diberi peluang kedua ini dapat bersama-sama merasai nikmat Ramadan. Sebanyak 3,000 pek bubur lambuk Pahang resepi istimewa daripada Paduka…
PEKAN, 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli berangkat menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Pahang Tua, di sini hari ini. Sejurus tiba pada jam 2.50 petang, Paduka baginda berkenan mendengar taklimat dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA) dan berbincang bersama Pegawai Daerah Pekan serta Persatuan Penduduk demi memastikan mangsa yang terlibat musibah kebakaran dapat dibantu dengan sebaik mungkin. Paduka Baginda berkenan menyampaikan kurniaan peribadi dan bertanya khabar semua mangsa serta memberi kata-kata semangat agar mereka yang terlibat musibah tabah menghadapi dugaan…
KUANTAN, 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan setinggi-tinggi ucapan tahniah dan selamat menyambut Hari Tentera Darat Ke-93 kepada seluruh warga Tentera Darat Malaysia termasuk para veteran yang telah menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara. Sesungguhnya, sepanjang 93 tahun penubuhannya, Tentera Darat Malaysia telah mempamerkan tahap profesionalisme, disiplin serta semangat juang yang tinggi dalam mempertahankan kedaulatan dan keselamatan tanah air. Pengorbanan yang dicurahkan, sama ada…
KUANTAN, 1 Mac 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat Subuh berjemaah di Masjid Imam Ash-Shafie KotaSAS (MIASK) di sini hari ini. Seusai Solat Subuh, Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan mengikuti Majlis Tadarus Al-Quran yang dipimpin oleh Shafiq bin Mohamed. -KESULTANAN PAHANG
KUANTAN, 28 Februari 2026 — Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menyantuni 60 orang anak yatim yatim membeli persiapan Aidilfitri di sebuah pusat beli belah di sini hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut sama mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera…
RAUB 28 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan bercemar duli berangkat menyantuni dua anak kepada pasangan suami isteri yang maut dalam kebakaran di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong di sini awal pagi Khamis lalu. Dalam kejadian menyayat hati itu, Ruby Adalia Balqis Mohd Alawi, 19, dan Ahmad Balia Murqam Mohd Alawi, 15, bukan sahaja kehilangan ibu bapa tetapi tiga adik mereka turut terkorban. Kebawah Duli Paduka Baginda Tuanku menzahirkan rasa sedih dan simpati dengan nasib dua beradik itu dengan menitahkan agar pihak berkaitan…
KUANTAN 28 Februari 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang 2026 di Dewan Sri Mahkota, Politeknik Sultan Ahmad Shah di sini hari ini. Paduka Baginda merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang. Turut mengiring ialah Yang Hormat Mulia Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz yang merupakan Timbalan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang. – KESULTANAN PAHANG






