KUANTAN 16 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli memasak bubur lambuk di Padang MBK 1, hari ini. Paduka Baginda tiba pada pukul 2.20 petang sebelum berkenan memasak tiga periuk besar bubur lambuk pada program anjuran Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negeri Pahang dan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang. Paduka Baginda kemudiannya berkenan mengurniakan kira-kira 2500 bekas bubur lambuk kepada orang ramai yang berada di Padang MBK 1 dan meluangkan masa beramah mesra dengan mereka. Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku…
Author: Kesultanan Pahang
Kecintaan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap lukisan batik tangan bukan asing lagi dan dikenali sebagai Batik Cheminah Sayang. Malah, Paduka Baginda pernah menghasilkan lebih 30 rekaan baharu dan mempamerkannya ketika pameran Hari Kraf Negara 2022. Terbaharu, ketika keberangkatan Paduka Baginda ke Penjara Wanita Kajang pada 12 Mac 2025 untuk Program Memasak Bubur Lambuk Bersama Penghuni Penjara Kajang, Paduk Baginda tidak melepaskan peluang melawat Bengkel Batik di penjara berkenaan dan berkenan untuk menghasil lukisan batik yang cantik. Turut mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa…
CAMERON HIGHLANDS, 14 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menzahirkan hasrat agar Kampung Desa Kayangan, Brinchang dapat dijadikan sebagai sebuah Kampung Melayu yang boleh menarik pelancong. Paduka Baginda bertitah, bagaimanapun cadangan itu memerlukan kajian dan penelitian daripada pihak kerajaan negeri sebelum ia dapat direalisasikan. “Saya nak ini (Desa Kayangan) jadi satu taman yang boleh dicontohi, taman orang Melayu sini dan juga Orang Asli. “Dan itulah kita akan kaji dari segi tempat-tempat tarikan pelancong antaranya mungkin ada pusat kebudayaan, tempat makanan-makanan Melayu tradisiona mahupun makanan Orang…
CAMERON HIGHLANDS, 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Surau Al Amin, Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highlands, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut hadir YAB Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail; Ketua Polis Negara, Tan Sri…
CAMERON HIGHLANDS 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri Kelas bacaan al-Quran dan Kelas Tulisan Jawi bersama-sama pegawai dan kakitangan di Istana Sri Angkasa di sini hari ini. Kelas pada hari ini menekankan kaedah membaca al-Quran dengan tajwid yang betul dan mempelajari cara menulis Jawi dengan betul. Kebawah Duli Paduka Baginda turut berkenan menunaikan solat zohor berjemaah dan bacaan yasin-KESULTANAN PAHANG
CAMERON HIGHLAND, 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Mesyuarat Transformation Task Force Cameron Highlands, hari ini. Keberangkatan Paduka Baginda ke mesyuarat tersebut adalah bagi membincangkan langkah-langkah pemulihan dan penambahbaikan daerah Cameron Highlands. Turut hadir mengiring keberangkatan Paduka Baginda ialah YM Tengku Dato’ Aiman Putra Bin Dato’ Tengku Kamal Bharin, YB Setiausaha Kerajaan Pahang, Dato’ Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, Pegawai Daerah Cameron Highlands, Tuan Kamarul Iskandar Bin Nordin dan Yang Dipertua Majlis Daerah Cameron Highlands, Tuan Rudyfasla bin Mujid.…
KAJANG 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli memasak bubur lambuk di Penjara Kajang di sini semalam. Berangkat sama mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah. Paduka Baginda dan paduka-paduka anakanda berjaya memasak sebanyak 2,500 bubur lambuk resepi istimewa dari Istana Pahang untuk penghuni Penjara Kajang. Selain memasak bubur lambuk, Paduka Baginda berkenan berkongsi resepi kek…
CAMERON HIGHLANDS, 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin komuniti daerah Cameron Highlands di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selepas selesai majlis berbuka puasa, Paduka Baginda turut berkenan menunaikan solat Magrib…
CAMERON HIGHLANDS, 12 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Tanah Rata di sini, hari ini. Turut mengiringi ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selain membeli juadah berbuka puasa, Paduka Baginda turut meluangkan masa menyantuni rakyat yang mahu mendekati dan bergambar kenangan bersama…
JERANTUT, 11 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan memasyurkan Masjid Baharu Kampung Durian Hijau di sini dengan nama Masjid Abdulrrahman Ibn Auf, Kampung Durian Hijau. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut…




