KAJANG 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli memasak bubur lambuk di Penjara Kajang di sini semalam.

Berangkat sama mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah; Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana Alia dan Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah.

Paduka Baginda dan paduka-paduka anakanda berjaya memasak sebanyak 2,500 bubur lambuk resepi istimewa dari Istana Pahang untuk penghuni Penjara Kajang.

Selain memasak bubur lambuk, Paduka Baginda berkenan berkongsi resepi kek bahulu raja dan melukis batik di bengkel penjara berkenaan. – KESULTANAN PAHANG
