KUANTAN, 12 November 2025 – Dengan penuh rasa hormat dan takzim, kami warga Majlis Kesultanan Pahang (MKP) mengucapkan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan kepada Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 11 November 2025 bersamaan 20 Jamadilawal 1447.
Patik sekalian mendoakan semoga Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan dikurniakan umur yang panjang, kesihatan dan keafiatan serta sentiasa dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT. – KESULTANAN PAHANG.






