KUANTAN, 25 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad V serta seluruh kerabat diraja Kelantan atas kemangkatan Yang Berhormat Mulia Dato’ Tengku Rozan binti Almarhum Sultan Yahya Petra, semalam.
Almarhumah merupakan bonda saudara KDYMM Sultan Muhammad V dilaporkan mangkat pada pukul 9.15 malam di Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan.
Kebawah Duli Paduka Baginda berdua menzahirkan rasa dukacita atas pemergian Almarhumah dan berharap seluruh kerabat diraja Kelantan dikurniakan ketabahan serta kekuatan dalam menghadapi saat yang penuh kesedihan ini.
Semoga roh Almarhumah dicucuri rahmat oleh Allah SWT, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. – KESULTANAN PAHANG





