OXFORD, 13 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini melakar sejarah buat pertama kalinya menyampaikan syarahan di Universiti Oxford, di sini.
Paduka Baginda membentangkan syarahan bertajuk “Pahang: Warisan Perlembagaan dan Maritim Melayu-Islam Yang Dilupakan” pada pukul 9.45 pagi waktu tempatan (United Kingdom).
Paduka Baginda berbicara secara jelas dan terperinci sebagai suara sebuah kerajaan yang menuntut semula Hukum Kanun Pahang sebagai Perlembagaan Melayu-Islam tertua bagi sebuah tamadun berdaulat.
Syarahan Paduka Baginda turut berkisar mengenai Pahang sebagai sebuah kekuatan ketamadunan, berilmu, berperundangan dan bercahaya, bukan tinggalan nostalgia tetapi nadi bertulis dunia Melayu-Islam yang berdaulat, satu penakrifan semula ilmiah terhadap sejarah perlembagaan dunia. -KESULTANAN PAHANG
KDPB TENGKU AMPUAN PAHANG LAKAR SEJARAH BENTANG SYARAHAN DI UNIVERSITI OXFORD, UNITED KINGDOM

Laman web ini dimiliki dan dikendalikan oleh MAJLIS KESULTANAN PAHANG. Perisian, semua halaman, imej, teks, multimedia dan kandungan lain dalam laman web ini adalah hak milik MAJLIS KESULTANAN PAHANG, melainkan jika dinyatakan dengan jelas.
Hakcipta Terpelihara © 2024 Majlis Kesultanan Pahang. Paparan terbaik dalam Google Chrome, Mozilla Firefox. Resolusi 1024 x 768

#MajuTerusPahang
Jumlah Pengunjung/Hit Counter






