KUANTAN 14 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan bercemar duli beriadah dengan berbasikal dan berjalan di sekitar Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) di sini semalam.
Paduka Baginda sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dengan meneruskan rutin beriadah dan bersenam meskipun sibuk dengan jadual harian yang padat.
Sambil beriadah, Paduka Baginda turut berkenan menyantuni rakyat dan melihat sendiri keadaan jalan raya serta kebersihan di sekitar kawasan KotaSAS. – KESULTANAN PAHANG







