KUANTAN, 14 November 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menziarahi YH Dato’ Kurnia Bistari, Dato’ Mohamed Ariffin Awang Ismail di kediamannya di Bukit Istana, hari ini.
Paduka Baginda meluangkan masa kira-kira setengah jam bertanya khabar Dato’ Mohamed Ariffin yang kini terlantar akibat serangan penyakit angin ahmar pada 30 Oktober lalu.
Paduka Baginda turut berkenan berbual dan bertanya khabar ahli keluarga lain dan menyampaikan kurniaan kepada Dato’ Mohamed Ariffin sebelum berangkat pulang. -KESULTANAN PAHANG







