PEKAN, 25 Julai 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan bercemar duli berangkat menyempurnakan majlis pengurniaan hadiah Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2026 Sirkit 2 di Kelab Golf Diraja Pekan, hari ini.
Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut menyertai kejohanan tersebut.
Pada majlis berkenaan Paduka Baginda berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang yang menyertai cabaran kejohanan berkenaan.
Lebih istimewa Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan baju kepada atlet golf yang bakal menyertai acara berkenaan pada Kejohanan SUKMA Selangor 2026 yang bermula pada bulan depan.
Kejohanan Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2026 ini diadakan di beberapa gelanggang berasingan di negeri ini antaranya Villea Rompin Resort and Golf, Rompin, Kelab Golf Diraja Pahang, MGCC serta lokasi baharu di Padang Golf Resorts World Awana, Genting Highlands. – KESULTANAN PAHANG







