TERENGGANU, 10 Ogos 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Pasar Payang, semalam.

Keberangkatan Paduka Baginda diiringi YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Paduka Baginda meluangkan masa hampir dua jam melihat dan membeli pelbagai produk serta kraftangan yang ada di lokasi tumpuan pengunjung tempatan dan luar-KESULTANAN PAHANG