KUALA LUMPUR, 5 Oktober 2024 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Tengku Natasya Puteri binti Tengku Adnan di Taman Duta di sini semalam.

Turut berangkat, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilyana dan YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan Dato’ Haji Mohammed Moiz. – KESULTANAN PAHANG
