KUANTAN, 24 Oktober 2026 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang menzahirkan ucapan takziah yang sedalam-dalamnya kepada YBhg To’ Puan Seri Wan Hidayah binti Wan Ismail serta seluruh ahli keluarga kerabat diraja Terengganu atas kemangkatan suami, Almarhum Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Almarhum Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Seri Baderul Zaman mangkat pada pukul 1.19 pagi tadi di Kuala Lumpur.
Paduka Baginda berdua turut menzahirkan rasa dukacita atas kemangkatan tersebut serta mendoakan semoga roh Almarhum dicucuri rahmat, diampunkan segala dosa dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.
Paduka Baginda berdua juga mendoakan semoga YBhg To’ Puan Seri Wan Hidayah binti Wan Ismail bersama paduka-paduka anakanda serta seluruh kerabat diraja Terengganu dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi saat yang penuh kesedihan ini. — KESULTANAN PAHANG





