CAMERON HIGHLANDS, 13 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Berbuka Puasa bersama pemimpin komuniti daerah Cameron Highlands di sini semalam. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selepas selesai majlis berbuka puasa, Paduka Baginda turut berkenan menunaikan solat Magrib…
Author: Kesultanan Pahang
CAMERON HIGHLANDS, 12 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli membeli juadah berbuka puasa di Bazar Ramadan Tanah Rata di sini, hari ini. Turut mengiringi ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Selain membeli juadah berbuka puasa, Paduka Baginda turut meluangkan masa menyantuni rakyat yang mahu mendekati dan bergambar kenangan bersama…
JERANTUT, 11 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan memasyurkan Masjid Baharu Kampung Durian Hijau di sini dengan nama Masjid Abdulrrahman Ibn Auf, Kampung Durian Hijau. Keberangkatan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah. Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda turut…
JERANTUT 12 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mahu tindakan tegas dikenakan kepada pihak yang sengaja membakar api kemarahan umat Islam dengan sewenang-wenangnya menghina dan mencabar kesuciannya. “Bagi mereka yang berani menghina Islam, mencabar kesuciannya dan menyemai kebencian terhadap agama Allah haruslah dikenakan tindakan yang setimpal mengikut undang-undang. “Pihak berkuasa wajib mengambil tindakan yang tegas tetapi adil, memberi pengajaran tanpa membakar emosi mana-mana pihak serta memastikan keadilan ditegakkan demi kestabilan negara tercinta,” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan nama Masjid…
JERANTUT 11 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah mengingatkan umat Islam di negeri ini agar bangkit bersama-sama mempertahankan dan melindungi kesucian agama Islam agar tidak sewenang-wenangnya diperlekehkan. “Saya amat berdukacita mutakhir ini masih ada suara-suara sumbang yang meremehkan akan kesucian agama, mencabar kemuliaan Islam, seolah-olah tiada batasan dalam berbicara dan bertindak. “Adakah ini yang dikatakan sebagai sebuah negara merdeka? Atau hanya merdeka pada angka, bukan minda rakyatnya? Fikirkan bersama,” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan nama Masjid Baharu Kampung Durian…
JERANTUT, 11 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah menempelak pihak yang sengaja menimbulkan perbalahan sekali gus membawa perpecahan. “Berhentilah daripada menjadi ‘badut’ yang mempolemikkan isu raja, agama dan kaum (3R) sehingga mencetuskan pertelingkahan dalam kalangan masyarakat. “Biarkanlah ‘pentas’ ini terus tenang, tanpa ‘drama’ yang menyakitkan. ‘Berdialoglah: guna akal dan hati, bukan-nya ‘bermonolog’ guna nista dan benci” titah Paduka Baginda. Paduka Baginda bertitah demikian ketika berkenan berangkat memasyhurkan nama Masjid Baharu Kampung Durian Hijau dengan nama Masjid Abdulrrahman Ibn Auf, Kampung Durian Hijau. Keberangkatan Paduka Baginda…
KUANTAN 10 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Berbuka Puasa UIAM yang berlangsung di Dewan Utama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Kuantan. Keberangkatan Paduka Baginda yang juga Ketua Perlembagaan UIAM diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz; YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan YAM Tengku Puteri Raja Tengku…
KUANTAN 9 Mac 2025 -Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli memasak bubur lambuk Pahang khas untuk juadah berbuka puasa bagi penghuni Penjara Penor di sini hari ini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Puteri Raja Puteri Ilisha Ameera binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Paduka Baginda dibantu kira-kira 50 prospek yang mula memasak sejak pukul 7.30 pagi itu berjaya menyiapkan kira-kira 2,000 bekas. Selepas siap memasak pada pukul 1 petang, Paduka Baginda sendiri mengagihkan kepada sebahagian prospek dengan dibantu oleh YAM Tengku Puteri Ilisha. Untuk…
MARAN 8 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang 2025 di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. Paduka Baginda yang juga merupakan Yang Dipertua Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Pahang turut berkenan mengurniakan Anugerah Pandu Puteri sebanyak enam kategori iaitu Anugerah Tangkai Padi, Pingat Jasa Lama 5 Tahun, Pingat Jasa Lama 10 Tahun, Mutiara ii, Mutiara iii dan Pingat Terima Kasih kepada semua penerima. -KESULTANAN PAHANG
TEMERLOH, 7 Mac 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan memasyurkan Masjid Baharu Kampung Teluk Ira dengan nama Masjid Saidina Umar Al-Khattab. Keberangkatan Paduka Baginda ke masjid berkenaan diiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dan Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah ibni Al- Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah…





