Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 20 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar sebuah balai bomba dan penyelamat dapat diwujudkan di kawasan Tanjung Lumpur. Paduka Baginda bertitah, setakat ini tiada balai bomba dan penyelamat di kawasan tersebut dan sebarang kes kebakaran atau kecemasan yang berlaku hanya bergantung kepada bantuan daripada Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Taman Tas. “Penting untuk wujudkan sebuah balai bomba bagi kegunaan dan keselamatan penghuni-penghuni di Tanjung Lumpur dan sekitarnya. “Saya pun tidak nampak mana balai bomba di kawasan Tanjung Lumpur dan Inderapura ini.…

Read More

KUANTAN, 18 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan ucapan tahniah di atas acara pembukaan Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024 yang begitu cemerlang, semalam. Ucapan sama turut dizahirkan oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah serta seluruh rakyat negeri Pahang. Tahniah diucapkan kepada Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri…

Read More

PEKAN 11 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli merasmikan Sambutan Hari Orang Asli Sedunia peringkat Negeri Pahang di Sekolah Kebangsaan Permatang Keledang, hari ini. Ketibaan Paduka Baginda pada pukul 10.30 pagi disambut Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), Datuk Hajah Sapiah Mohd Nor serta pemimpin-pemimpin setempat sebelum dipersembahkan tarian sewang oleh masyarakat asli Pekan. Menggelarkan Orang Asli sebagai Orang Kita, Paduka Baginda bertitah bahawa kehidupan ketika kecil Paduka Baginda sudah terbiasa dan terdedah dengan rutin masyarakat Orang Asli. “Saya masih ingat…

Read More

KUANTAN 9 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Program Perkhemahan Pandu Puteri Tunas “Tunas Fun Camp” di Taman Rekreasi Balok di sini hari ini.  Paduka Baginda turut berkenan melawat ke tapak perkhemahan dan menyaksikan pertandingan bento sihat, jemari kreatif, slingshot rocket dan ballon tower.  Turut berangkat, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah Binti Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – KESULTANAN PAHANG

Read More

CAMERON HIGHLANDS 7 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar semua pihak memainkan peranan sewajarnya dalam memastikan spesis Harimau Malaya terus terjaga dan dipelihara. Paduka Baginda bertitah, Pahang memiliki kawasan hutan terbesar di Semenanjung Malaysia termasuk sebagai habitat Harimau Malaya sekaligus menjadi tanggungjawab penting bagi negeri ini melindungi dan memelihara biodiversitinya. “Kesungguhan dan inisiatif jelas yang diambil anakanda saya, Tengku Mahkota Pahang dengan sokongan Kerajaan Negeri Pahang maka terhasillah rizab harimau pertama di Malaysia yang dinamakan Rizab Harimau Diraja Al-Sultan Abdullah. Saya hargai rizab…

Read More

PEKAN 6 Ogos 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Islamic Fashion Festival (IFF) 2024 di Muzium Abu Bakar di sini semalam. Turut berangkat, Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Berangkat sama, DYTM Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Dr Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut berangkat ialah Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah bersama isteri, YHM Che Puan Panglima Raja Puteri Hajjah Suraiya…

Read More

PEKAN 5 Ogos 2024 –  Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar Perkampungan Kraf Diraja Tunku Azizah akan membuka lembaran baharu dalam usaha memelihara warisan tenun negeri ini selain menjadi destinasi tumpuan peminat kraf dari dalam dan luar negara. Paduka baginda bertitah, projek pembangunan yang diinspirasikan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ini juga merupakan platform terbaik untuk rakyat melihat dan mengenali cara pembuatan tenun. “Tengku Ampuan Pahang telah berusaha dengan giatnya untuk memberi kesedaran kepada rakyat Pekan dan Pahang supaya kita harus bangga dengan…

Read More

KUANTAN 30 Julai 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah mengingatkan para penerima darjah kebesaran dan pingat di negeri ini agar menjaga amanah yang dikurniakan. Paduka Baginda bertitah, ia bukanlah sekadar satu penghargaan namun di sebaliknya terletak amanah yang perlu dipelihara sebaik-baiknya. “Beta ingin menegaskan bahawa penghargaan ini juga membawa tanggungjawab yang besar, ianya memerlukan kalian semua untuk terus berusaha dalam menjaga nilai-nilai kesetiaan, kehormatan dan keadilan dalam setiap tindakan.  “Ia bukannya menjadikan anugerah dunia ini sebagai asbab keangkuhan dan besar diri sebaliknya menjadi contoh dan…

Read More

KUANTAN 30 Julai 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj mendahului senarai 24 penerima darjah-darjah kebesaran sempena Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Negeri Pahang Darul Makmur Sempena Memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-65 Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang di Balai Mahkota Istana Abdulaziz di sini hari ini.  Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Al-Sultan Abdullah Pahang Yang Amat Mulia – Peringkat Pertama Sri Setia Al-Sultan Abdullah Ahmad Shah (SAAS) kepada KDPB Tengku Ampuan Pahang serta lapan lagi penerima. Turut dikurniakan darjah kebesaran SAAS yang pertama kali diperkenalkan…

Read More