KUANTAN 17 Jun 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1 di sini hari ini. Berangkat sama, Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.Turut mengiring ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, YAM Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, YAM Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera…
Author: Kesultanan Pahang
KUALA LUMPUR 23 Nov. – KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa syukur dan ucapan terima kasih atas sokongan yang diberikan keluarga baginda sepanjang lima tahun bersemayam sebagai Yang di-Pertuan Agong. Ketika bertitah pada Istiadat Khas Pengurniaan Darjah Kebesaran Negeri Pahang yang diadakan di Istana Negara di sini hari ini, Seri Paduka Baginda turut menyuarakan rasa terharu di atas kasih sayang yang diberikan sejak menaiki tahta sebagai Sultan Pahang, sebelum dilantik menjadi Yang di-Pertuan Agong ke-16. “Memang pada permulaannya agak mengejut dan begitu tidak diduga, tidak sangka untuk memegang jawatan secepat begini.…