KUANTAN 9 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Sempena Meraikan Ulang Tahun Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) Ke-20 di Hotel Grand Darul Makmur di sini semalam. Kebawah Duli Paduka Mulia diiringi YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji Mohammed Moizz serta YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Ilisha Ameera. -KESULTANAN PAHANG
Author: Kesultanan Pahang
KUANTAN, 8 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menghadiri Majlis Santapan Sempena Meraikan Ulang Tahun Tunku Azizah Fertility Foundation (TAFF) Ke-20 di Hotel Grand Darul Makmur di sini, hari ini. Ketibaan Paduka Baginda diiringi Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Turut mengiringi ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan isteri, YHM Che Puan Panglima Puteri Hajjah Suraiya Afzan binti Dato’ Indera Haji…
KUANTAN 7 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan berangkat mempengerusikan Mesyuarat Agung ke-11 Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) di Istana Abdulaziz di sini. Paduka Baginda yang juga Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup TAFF amat berbangga dengan kejayaan TAFF sepanjang 20 tahun ditubuhkan dalam membantu pasangan suami isteri mendapatkan cahaya mata. Untuk rekod, seramai 143 bayi berjaya dilahirkan membabitkan 120 pasangan menerusi kaedah IVF. Semalam, TAFF menyerahkan surat tawaran penajaan rawatan IVF kepada 65 lagi pasangan dan Paduka Baginda berharap lebih ramai pasangan yang…
JERANTUT 7 Februari 2025- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat menunaikan solat Jumaat di Masjid Tengku Mahkota Abdullah di sini. Solat Jumaat yang diimamkan oleh Imam 1, Mohd Yahya bin Mohd Rafi. Paduka Baginda turut berkenan mendengar beberapa perkara disampaikan pihak pengurusan masjid dan menyantuni para jemaah sebelum menikmati santapan tengahari di Tepian Darul Makmur. – KESULTANAN PAHANG
LIPIS, 7 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan berangkat bercemar duli menghadiri Majlis Santapan Malam Tahun Baru Cina bersama pemimpin masyarakat daerah Lipis di Hotel Lipis Plaza, di sini semalam. Paduka Baginda tiba di perkarangan hotel pada pukul 8.10 malam dan disambut dengan persembahan tarian singa sebelum masuk ke dewan bagi majlis santapan. Pada majlis berkenaan, Paduka Baginda mengambil kesempatan bertitah menzahirkan rasa syukur dan gembira dapat hadir ke daerah Lipis dan bertemu dengan pemimpin serta rakyat dengan lebih dekat. “Saya berharap kita dapat…
LIPIS, 6 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli bersiar-siar meronda sekitar Bandar Kuala Lipis, di sini. Paduka Baginda kemudiannya berkenan singgah menunaikan solat sunat di Masjid Lama Lipis sebelum ke kedai Sidang Kopi untuk menikmati santapan petang. Paduka Baginda meluangkan masa berjalan kaki kira-kira tiga kilometer di sekitar Bandar Lipis untuk menikmati keistimewaan dan keunikan bandar Kuala Lipis yang pernah menjadi menjadi ibu negeri dan pusat pentadbiran negeri Pahang. Penduduk setempat serta mereka yang berada di sekitar kawasan sama…
LIPIS, 6 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli menyempurnakan perasmian Kilang Peluru Ketech Asia Sdn Bhd di Kechau Tui, Padang Tengku di sini. Ketibaan Paduka Baginda disambut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail; Ketua Pegawai Eksekutif Ketech Asia, Encik Nahar Nasir serta Exco Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi dan Pendidikan, YB Dato’ Sri Ir.Haji Mohd Soffi bin Tan Sri Haji Abd.Razak. Paduka Baginda kemudiannya berkenan mendengar persembahan taklimat berkenaan operasi kilang sebelum melihat proses pembuatan peluru automasi…
KUANTAN 6 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj hari ini berkenan berangkat bercemar duli ke Majlis Pengurniaan Surat Tawaran Penajaan Rawatan Persenyawaan Tabung Uji (IVF) kepada 65 pasangan di Hotel Grand Darul Makmur di sini hari ini. Turut mengiring ialah YAM Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan YHM Che Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan binto Dato’ Indera Haji Mohamed Moiz. Paduka Baginda yang merupakan Pengasas dan Pengerusi Seumur Hidup Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) berkenan mengurniakan rawatan tersebut kepada 65 pasangan…
KUALA LUMPUR 5 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-268 bertempat di Istana Negara di sini. MRR Ke-268 yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. – KESULTANAN PAHANG
KUALA LUMPUR 4 Februari 2025 – Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah hari ini berkenan berangkat ke Mesyuarat Majlis Raja-Raja (MRR) Kali Ke-268 bertempat di Istana Negara di sini. MRR Ke-268 yang berlangsung selama dua hari itu dipengerusikan oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah. – KESULTANAN PAHANG





