Author: Kesultanan Pahang

KUANTAN, 31 Januari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj menzahirkan rasa simpati terhadap mangsa banjir di Sabah dan Sarawak. Memetik laporan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sabah, setakat jam 5 petang tadi, seramai 5,162 orang masih berada di 34 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) membabitkan 1,789 ketua isi rumah (KIR). Dalam perkembangan berkaitan, jumlah mangsa banjir di Sarawak ialah seramai 10,787 orang melibatkan 3,039 buah keluarga ditempatkan di…

Read More

PEKAN, 14 Januari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli menziarahi waris lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM65 Jalan Pekan-Nenasi-Rompin Sabtu lalu. Paduka Baginda tiba di Kampung Sepauk, Nenasi pada pukul 3.20 petang dan berkenan meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu serta bertanya khabar Semek Muda, 62, (ibu kepada salah seorang mangsa, Allahyarham Rahimah Awang Muda, 38) serta ahli keluarga yang lain. Paduka Baginda turut berkenan mengurniakan sumbangan dan meminta agar semua waris keluarga bersabar dan redha dengan kejadian…

Read More

PEKAN, 14 Januari 2025 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah hari ini berkenan berangkat bercemar duli menyampaikan kurniaan sumbangan kepada 100 orang asnaf di Masjid Nenasi di sini. Kurniaan berbentuk wang tunai dan barangan keperluan asas diberikan kepada golongan asnaf yang disenaraikan di bawah Mukim Masjid Nenasi. -KESULTANAN PAHANG

Read More

KUANTAN, 27 Disember 2024,- Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah berkenan menghadiri Majlis Ilmu Bacaan Al-Quran Bertajwid diikuti solat Maghrib berjemaah, bacaan yasin dan tahlil serta solat Isyak bersama tetamu dan kakitangan di surau Istana Abdulaziz di sini semalam.  Kelas Mengaji Al-Quran dikendalikan oleh Pegawai Agama Istana, Leftenan Kolonel Anuar Mohd Ehwal dengan mempelajari Hukum Mad manakala bacaan yasin dan tahlil dipimpin oleh Ustaz Haji Mohd Fadzli bin Ishak dari Masjid Al Muadzam Shah, Rompin.  Turut berangkat ialah Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim…

Read More

CYBERJAYA, 7 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan dari Universiti Multimedia (MMU), hari ini. Anugerah Ijazah Kehormat yang merupakan satu pengiktirafan tertinggi kepada tokoh yang memberi sumbangan besar kepada negara ini dipersembahkan oleh Canselor MMU, Tun Dato’ Seri Zaki Tun Azmi kepada Paduka Baginda berdua pada Majlis Konvokesyen MMU ke-25 di Dewan Tunku Canselor, di sini. Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan terhadap kepimpinan…

Read More

KUALA LUMPUR, 5 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat merasmikan Program Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi yang diadakan di Taman Rimba Bukit Lagong di sini semalam.  Ketibaan Paduka Baginda pada pukul 2.40 petang disambut Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Dato’ Seri Noraini Ahmad; Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Dato’ Seri Isham Ishak dan Pengerusi Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Dato’ Fully Chye Goet Lee. Paduka Baginda selaku penaung PSJKM dipersembahkan dengan nyanyian khas sebelum berkenan menyempurnakan…

Read More

LIPIS, 3 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar kepentingan penggunaan Bahasa Melayu dan tulisan jawi terus ditekankan bagi memastikan ia tidak ditenggelami budaya asing. Titah Paduka Baginda, Bahasa Melayu adalah medium utama yang dapat memperkenalkan keunikan warisan, adat resam dan tradisi kita kepada seluruh dunia. “Negeri Pahang sebagai negeri yang kaya dengan sejarah, alam semulajadi dan budaya telah mengambil langkah proaktif dengan menguatkuasakan penggunaan Bahasa Melayu dan tulisan jawi pada semua papan tanda perniagaan serta jalan raya bermula tahun 2020 lagi. “Tindakan daripada…

Read More

LIPIS, 3 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan berangkat bercemar duli ke Kampung Binjai di sini untuk bertemu mangsa banjir. Keberangkataan Paduka Baginda berdua merupakan salah satu agenda dalam lawatan kerja ke daerah Lipis bermula hari ini sehingga esok termasuk berkenan menyampaikan sumbangan kepada 85 mangsa banjir di kampung tersebut. Paduka Baginda berdua berkenan beramah mesra dengan penduduk setempat dan meluangkan masa melawat tiga buah rumah…

Read More

LIPIS, 3 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah dan Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan bercemar duli berangkat ke jamuan rakyat yang diadakan di Dataran Santuari, Kampung Tanjung Gahai, hari ini. Ketibaan Paduka Baginda berdua disambut Menteri Besar Pahang YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy Wan Ismail serta isteri, Datin Seri Diraja Dato’ Burhah Mohammed dan pemimpin setempat. Pada majlis tersebut Paduka Baginda berdua turut berkenan meluangkan masa menyantuni dan beramah mesra dengan…

Read More

LIPIS, 3 Disember 2024 – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar setiap pembinaan rumah berhampiran pinggir atau anak sungai mesti dibuat bertiang tinggi sama seperti rumah Melayu lama. Paduka Baginda bertitah perkara tersebut memerlukan pertimbangan agar tidak berlaku pembaziran akibat rumah yang baru dibina akan rosak atau musnah akibat dilanda banjir. “Saya sempat bertanya sikit-sikit dalam kalangan mangsa banjir dekat PPS (Pusat Pemindahan Sementara) keadaan rumah mereka semua dan ada juga yang merungut kerajaan bagi rumah pada dia rumah tak bertiang. “Jadi kalau boleh masa-masa akan datang…

Read More